Refleksi Keseluruhan



Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr Yusof Boon kerana telah mengajar kursus Dinamika Kepimpinan. Kursus ini dapat membangkitkan dan meningkatkan motivasi dalam diri saya. Selain itu, kursus ini juga dapat menyedarkan saya tentang kepimpinan terhadap diri sendiri. Ilmu yang diperolehi dari kursus ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahunan tentang kepimpinan, malah diselitkan juga penerapan nilai-nilai murni, kemahiran insaniah dan lain-lain lagi.

Prof. Madya Dr Yusof Boon juga suka berkongsi pengalaman beliau dalam mentadbir pengurusan UTM sepanjang beliau berkhidmat. Kursus ini lebih mudah difahami dengan pelbagai analogi telah digunakan untuk dijadikan sebagai contoh bagi setiap topik.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas yang tidak lokek untuk berkongsi bahan pembentangan, maklumat dan pengalaman sepanjang kursus ini diadakan.

Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.

Ikhlas dari,
𝓐𝓲𝓢𝓲 𝓐𝓱𝓢π“ͺ𝓭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.